Tips mula bisnes online.
Assalamualikum wbt dan salam sejahtera. Bertemu lagi kita disini. Terima kasih kerana sudi singgah disini. Hari ini Akak nak kongsikan tip bisnes online. Kepada yang baru nak berjinak dengan bisnes online dan tak tahu bagaimana nak mulakan, jemput baca entry Akak ni ya. Tapi sebelum tu jemput baca Bisnes online terbaik ni. Semoga bermanfaat.
1. Mulakan dengan dropship.
Sebagai permulaan untuk bisnes online, mulakan dengan dropship. Kerana dropship tidak memerlukan
1. Tak perlu modal yang besar - tiada kerugian yang harus kita tanggung
2. Tak perlu simpan stock - tak perlukan modal
untuk beli stock, tak perlukan ruang yang besar.
3. Tak perlu packing - jimat masa dan tak perlu kos untuk packing.
4. Tak perlu pos - jimat masa tak perlu beratur untuk pos 𝘣𝘢𝘳𝘢𝘯𝘨 dan jimat kos tak perlu kos untuk pos.
2. Tahu apa yang kita nak jual.
Sebelum mulakan bisnes, pastikan kita tahu apa yang kita nak jual dan kongsikan dengan orang ramai. Ini lebih memudahkan urusan kita. Pastikan kita betul betul tahu apa yang sedang kita pasarkan. Lebih luas pengetahuan kita tentang produk yang kita jual, lebih mudah untuk kita melayan setiap pertayaan.
Paling penting, apabila kita tahu apa yang kita pasarkan, ianya memberikan lebih keyakinan untuk terus memasarkannya dengan sepenuh hati. Wajib untuk kita juga menjadi pengguna kepada 𝘣𝘢𝘳𝘢𝘯𝘨 yang kita dagangkan itu.
3. Beri tahu orang lain.
Bila berniaga, mesti ada pelanggan. Untuk memastikan pelanggan datang kepada kita, kene beri tahu kepada prospek atau calon calon pelanggan ini, kita sedang memulakan bisnes online.
Wajib kenalkan diri kita di semua platform online marketing seperti Facebook, instagrams, tiktok, Twiter, WhatsApp story, your tube dan yang lain lagi sekiranya kita ada akaun di sana.
4. Marketing yang berterusan
Sentiasa update dan upload cerita kita dan apa yang kita buat di medsos. Ianya bukanlah proses yang cepat, dan bukan juga proses yang lama, semua bergantung kepada cara penceritaan kita. Semakin menarik cerita kita semakin ramailah calon pelanggan dari sana.
Setiap hari pastikan ada cerita dari kita. Prospek kita sentiasa nak tahu perkembangan kita setiap hari. Cerita tentang kehidupan dan juga cerita tentang bisnes. Pastikan marketing yang sentiasa berterusan. Terus kongsikan kebaikan dan kehebatan tentang produk yang kita sedang jual.
5. Personal branding.
Personal branding ini yang membuat prospek membeli dengan kita. Dalam ramai ramai seller online, kenapa mereka memilih kita, sebab personal branding ini.
Ada orang membeli dengan kita sebab kita ni coach detox (Contoh). Ada yang membeli dengan kita sebab tips kecantikan yang selalu kita kongsikan. Ada juga yang membeli dengan kita sebab tips gaya hidup sihat yang kita sentiasa berikan.
Fokus apa personal branding yang kita bawa. Semakin konsisten kita dengan personal branding yang kita bawa, semakin ramai follower dan prospek kita. Yang penting lakukannya dengan cara yang betul dan konsisten.
Baca lagi banyak tips tentang Tips bisnes online dari sahabat Akak ini. Semoga bermanfaat.
Nak mulakan bisnes online dengan yang dijamin selamat, terbukti dan berkesan? Akak sedia membantu.
Ulasan
Catat Ulasan