CARA MUDAH RENEW MEMBERSHIP SHAKLEE.
Assalamualaikum wbt…Salam sejahtera untuk semua. Perkongsian yang lepas Akak cerita tentang makan vitamin percuma dengan Cash rebate. Perkongsian kali ini juga ada kaitan dengan yang lepas. Kali ini Akak nak kongsikan cara mudah untuk renew membership.
Kenapa perlu renew membership ni?
Ini kerana cash rebate hanya akan diberikan kepada ahli yang sah sahaja. Untuk yang belum ahli atau yang mempunyai keahlian yang telah tamat tempoh, tidak layak untuk dapat cash rebate ini. Rugi kan.
Untuk yang sudah ahli, namun keahliannya telah tamat tempoh, atau hampir tamat tempoh, jangan tunggu lagi. Jom renew keahlian atau membership sekarang. Mudah sangat nak renew membership.
CARA MUDAH RENEW MEMBERSHIP.
1. Dengan melakukan pembelian minima RM 30 secara online.
Mudah sangat nak renew membership secara online. Hanya pergi ke Shaklee.com.my masukkan no keahlian dan “password” dan terus pilih “shop” untuk melakukan pembelian. Setiap pembelian vitamin minima RM 30, akan mendapat renew membership percuma. Tidak ada bayaran tambahan yang dikenakan untuk renew membership. Anda hanya perlu membuat pembayaran untuk pembelian vitamin sahaja.
Ambil peluang pembelian jimat bulan ini.
2. Pembelian di kedai Shaklee.
Pergi sahaja ke mana mana Kedai Shaklee seluruh Malaysia. Dengan setiap pembelian vitamin, renew membership akan dilakukan secara automatik.
Antara kedai Shaklee kegemaran Akak.
3. Hubungi upline anda.
Seandainya anda tiada masa untuk pergi ke kedai Shaklee atau tak sempat untuk melakukan pembelian secara online untuk renew membership, Jangan risau. Hubungi sahaja upline anda atau orang yang kenalkan anda dengan shaklee.
Seandainya mereka juga tidak dapat anda hubungi, Jangan risau. Hubungi Akak Di sini untuk Akak bantu perbaharui keahlian anda.
Mudah sahajakan untuk renew membership. Pastikan renew membership ya untuk dapatkan cash rebate untuk setiap pembelian yang anda lakukan.
Jom baca lagi cara mudah untuk Renew membership Dan juga maklumat lain dari sahabat Akak ini.
Semoga bermanfaat. Jumpa lagi di coretan seterusnya.
Ulasan
Catat Ulasan