Amalan dan Doa Yang Bagus Untuk Wanita sebelum tidur.

 Assalamualikum wbt dan salam sejahtera. Alhamdulillah masih diberi kesempatan lagi untuk Akak coretkan sedikit amalan rohani kali ini. 

Kali ini Akak nak kongsikan amalan sebelum tidur dan Doa  yang bagus untuk wanita. 

Seorang wanita yang berkerjaya atau sebagai suri rumah sama sahaja sibuknya. Setiap hari dari celik mata sampai pejam mata ada sahaja kerja yang perlu disiapkan. Nak dapatkan tidur yang cukup memang agak mustahil.

InShaAllah dengan beberapa amalan sebelum tidur dibawah ini, Allah akan mencukupkan dan melengkapkan segala keperluan kita. 

Alhamdulillah amalan ini juga telah Akak amalkan. Dan selama mengamalkannya denga izin Allah tidur yang lebih puas, tiada gangguan dan mudah untuk bangun awal pagi seperti yang kita inginkan. Urusan rumahtangga pun menjadi sangat mudah.

Amalan dan doa yang bagus untuk wanita sebelum tidur.

1. Pastikan ambil wuduk sebelum tidur. Tidak mengapa kalau wuduk telah batal sebelum tidur, yang pasti kita ambil wuduk tu sebab nak  tidur.

2. Baca  surah At- Taubah ayat 128 & 129 sebanyak  11 kali.


Kelebihan untuk mereka yang membaca surah ini 11 kali sebelum tidur:
1. Allah akan mencukupkan tidurnya. Walaupun tidur lambat, InShaAllah masih boleh bangun awal pagi.
2. Akan diberikan ketenangan dalam kehidupan.
3. Dimudahkan segala urusan
4. Dijauhkan dari sihir, guna-guna dan seumpamanya.
5. Diberikan kesihatan yang baik, umur yang panjang dan dijauhkan dari bahaya yang datang tidak  terduga.

3. Baca  surah Al-Baqarah ayat 285 & 286 dimalam hari atau baca sebelum tidur.


Artinya: “Rasul telah beriman kepada Al Quran yang 
diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya.” (QS Al-Baqarah: 285)

Artinya: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah.Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya.Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir” (QS Al Baqarah: 286)

“Siapa yang membaca dua ayat terakhir  surah Al- Baqarah, pada malam hari, maka keduanya akan mencukupinya” ( HR Bukhari dan Muslim).

Akan diberikan rasa cukup dihati dan fikiran dan dijauhkan dari gangguan syaitan.

3. Baca doa sebelum tidur

Pastikan baca doa sebelum tidur ini. Diikuti dengan selawat 3 kali, istigfar 3 kali dan syahadah 3 kali.

4. Baca surah Alfatihah 3 kali. ( seumpama khatam alquran) boleh diikuti dengan surah Al- ikhlas, surah Al- Falaq dan surah An-Nas. 3 kali setiap surah. Kemudian di sambung dengan Ayat Qursi 1 kali.

5. Akhir sekali baca zikir Fatimah.


Pada satu hari, Puteri Rasullullah datang mengadu kepada baginda tentang kepenatanya menguruskan rumahtangga. Oleh kerana baginda tiada dirumah pada ketika itu, maka Puteri baginda meninggalkan pesanan kepada isteri baginda Rasullulah Saidatina Aisyah.

Setelah Rasullullah kembali beliau menyampaikan pesanan Puteri baginda lalu Rasullullah terus pergi ke rumah Puterinya.

Kemudian Baginda bersabda: “ Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allah Akhbar) 34 kali, tasbih (Subhanallah) 33 kali dan tahmid (Alhamdulillah) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian  itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu”.
(HR. Muslim, no: 4906)

Tidurlah dengan tenang dan yakin dengan kebesaran  Allah. Sementara tunggu mata terlelap wiridkan
HASBIALLAH WANI’MAL WAKEEL (bermaksud: cukuplah Allah sebagai penolong kami)
baca sampai tertidur sambil bayangkan hajat.


Semoga bermanfaat. 




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CARA MUDAH RENEW MEMBERSHIP SHAKLEE.

MAKAN VITAMIN PERCUMA DENGAN CASH REBATE

Insentif Shaklee Malaysia