Vitamin untuk wanita

 Assalamualikum wbt dan salam sejahtera. Berjumpa lagi kita. Kali ini Akak nak kongsikan vitamin untuk wanita.


Sememangnya kita tahu, Wanita sememangnya tidak pernah duduk diam. Ditambah pula wanita juga merupakan penyumbang kepada ekonomi negara. Peranan mereka juga tidak kurang hebatnya dengan lelaki. Berkerjaya di pejabat atau dirumah, mereka masih tidak pernah duduk diam.

Sebab itu amat penting untuk wanita semua, tahu menghargai diri mereka. Hargai diri anda wahai wanita sekalian, kerana ketahuilah bahawa diri anda amat berharga.

Cara terbaik adalah dengan memastikan diri sentiasa sihat dan cukup nutrisi dengan pengambilan vitamin setiap hari. Terdapat vitamin yang sememangnya perlu diambil oleh wanita untuk memastikan mereka sentiasa sihat, cergas dan cantik sentiasa luar dan dalam. Jom kita lihat apa vitamin yang istimewa ini.


Vitamin untuk wanita
1. Omega guard.



Omega guard mengandungi asid lemak omega 3.
Ianya adalah antara vitamin yang badan kita perlu ambil setiap hari kerana badan kita tidak mampu menghasilkannya sendiri. Ianya perlu diambil dari sumber makanan atau supplimen.

Keistimewaan Omega Guard Shaklee

1. Setiap hidangan membekakalkan 905mg asid lemak Omega 3 termasuk EPA dan DHA. Dan setiap hidangan ini lengkap dengan  7 jenis asid lemak omega 3 (DHA, EPA, ALA, HPA, ETA,DPA,SDA).

2. Dihasilkan dengan teknologi terkini yaitu ultratulen bergred farmaseutikal ( proses penyulingan 3 peringkat atau proprietary 3 molekul bagi memekatkan lagi asid lemak omega 3 yag paling baik dan yang paling tulen).

3. Omega guard shaklee diekstrak dari ikan laut dalam dan bersuhu  sejuk seperti hering, mackerel, sardin dan anchovies. Ini kerana ikan ini memiliki tahap merkuri yang sangat rendah.  Kajian sains menunjukkan  ikan dari laut sejuk mengandungi asid lemak tak tepu yang sangat tinggi. Inilah kelebihan omega guard shaklee.

4. Omega guard shaklee membekalkan EPA dan DHA paling tinggi berbanding dengan jenama lain.

Kebaikan Omega Guard Shaklee

1. Mengawal masalah obesity 
2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerahan
3. Mengimbangi perubahan dan kepekatkan hormon PMS wanita
4. Mencegah pembekuan darah dalam badan
5. Dapat mengelakkan strok
6. Bantu sihatkan paru-paru
7. Bantu kurangkan keteganggan urat leher
8. Mengurangkan sakit kepala
9. Mengekalkan tekanan normal darah
10. Cegah salur  darah tersumbat
11. Kekalkan tahap kesihatan trigserida dan kolestrol LFL
12. Bantu tumbesaran dan otak janin dalam kandungan
13. Baiki masalah kulit seperti ekzema, psoriasis dan lain -lain
14. Bantu perbaiki penyakit buah pinggang
15. Bantu mengelak kanser paru-paru, payudara, prostat dan kanser kolon.
16. Bantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik.
17. Bantu tingkatkan kesihatan hati selepas pembedahan.
18. Elak penyakit gout
19. Bantu tingkatkan sistem imun dan sangat bagus untuk kanak kanak.
20. Bantu perbaiki masalah yang berkaitan dengan otak seperti tekanan, kebimbangan,insomnia,autism, hyperactive.



2. Vitalize ( multi vitamin)

Tahukah anda vitalize ini asalnya adalah vitalized Mineral. Ianya mula diperkenalkan pada tahun 1915 oleh Dr. Forest C Shaklee. Pada masa itu ianya dalam bentuk cecair. Ianya adalah suppliment multimineral dan multivitamin. 

Produk ini telah berada di pasaran selama lebih 100 tahun dan formulasinya telah melalui beberapa penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Keistimewaan Vitalize

1. Mengandungi 25 jenis nutrisi untuk keperluan harian disetiap tablet.
2. Menggunakan teknologi Explo-tab. Pantas larut dalam badan kurang dari 10 minit
3. Mempunyai patented micro coating delivery system bagi meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B 
4. 2 tablet vitalize bersamaan 600mcg asid folic dan vitamin B.
5. Disokong oleh 7 kajian klinikal yang telah membuktikan bahawa pengambilan harian vitalize selama setahun dengan konsisten boleh membantu mengurangkan risiko sakit jantung sebanyak 65%.

Kebaikan Vitalize

1. Bekal nutrisi lengkap ke dalam badan. Untuk yang diet atau yang kekurangan nutrisi dalam diet harian, pengambilan vitalize dapat membantu untuk melengkapkan kekurangan nutrisi.

2. Menyokong pembentukan gigi dan tulang

3. Membekalkan tenaga. Menyediakan asas nutrisi, Pastikan sel hidup,pertumbuhan sel baru, bantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku, rambut dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid. Meningkatkan imun badan

4. Penambah tenaga segera. Beri tenaga kepada tubuh dan kesihatan mental, bantu lebih fokus dalam pembelajaran dan pekerjaan harian.

5. Bantu hasilkan  sel darah merah. Melindungi organ. Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

6. Keupayaan sistem produktif. Penting kepada kanak kanak dan remaja yang sedang membesar.

7. Untuk wanita hamil, menyusukan dan juga yang aktif sangat di pejabat atau dirumah untuk tenaga segera.

Seandainya anda:
- kurang makan sayur dan buah
- stress
- sibuk bekerja
- kurang berat badan
- yang aktif
- suka makanan proses
- ibu hamil dan menyusu
- pelajar
- perokok 

Anda wajib amalkan Vitalize sekarang juga.



3. Ostenurix 

Ia merupakan vitamin yang membantu mencukupkan bekalan kalsium dalam badan kita. Bantu meningkatkan kesihatan tulang dan gigi serta penting dalam proses fisiologi tubuh. Ianya juga sangat membantu dalam proses pelawasan.

Keistimewaan ostenurix Shaklee.

1. 1 kapsul bersamaan dengan 1 gelas susu berkalsium tinggi atau 80 biji badam.

2. Kos sehari hanya RM 2.30 sahaja. Lebih murah dari segelas susu

3. Setiap hidangan ostenurix dapat mencukupkan keperluan kalsium harian sebanyak 1000mg dalam sehari.

4. Di formulasikan dengan 7 nutrien penting termasuk
Kalsium - Bahan asas untuk bina tulang
Vitamin D- merangsang penyerapan kalsium
Magnesium- Bantu hantar kalsium pada tulang
Boron- Bantu metabolisme tulang
Kuprum , Mangan, Zink - Untuk membantu ketumpatan tulang.

5. Penyerapan kalsium yang efektif dalam masa 12 jam mengikut kajian klinikal. Selamat diambil oleh semua golongan.

Kebaikan Ostenurix 

1. Menyokong penyusuan ibu
Penyusuan susu ibu akan menyebabkan permintaan yang lebih tinggi terhadap kalsium. Sebab itu para ibu memerlukan bekalan kalsium yang lebih efosien dan konsisten. 

2. mengelakkan insomnia 
Ostenurix membekalkan kalsium dan magnesium yang mencukupi dengan memberikan tidur yang lebih lena.

3. Mengurangkan sembelit
Magnesium berperanan melegakan otot dalam usus yang membantu untuk mewujudkan pergerakan yang lebih baik dan lancar. Ia juga berfungsi untuk menyerap air ke dalam kolon seterusnya melambatkan najis dan melancarkan pembuangan.

4. Memgurangkan sengugut 
Kalsium dan magnesium membantu memperbaiki masalah haid. Memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam dan mengalakkan tidur yang lebih lena.

5. Menyokong pembentukan tulang yang kuat dan sihat.
Ostenurix membantu mengurangkan kesan osteoporosis, menguatkan kuku, gigi, sistem saraf. Ianya juga membantu pertumbuhan semula tulang yang retak, kurangkan gusi berdarah dan merangsang darah untuk lebih pekat.

6. Menyokong proses kehamilan.
Ketika hamil, bayi akan mengambil sedikit kalsium dari tulang ibu. Ini akan menyebabkan daya tahan kalsium ibu berkurangan. Sebab itu ibu perlu menambah pengambilan kalsium dalam menu diet harian.

Untuk semua wanita, ostenurix adalah vitamin yang wajib ada dirumah anda.



4. GLA Complex

GLA complex adalah produk yang mengandungi EPO ( evening primrose oil)

EPO adalah sejenis minyak yang diperbuat dari sejenis bunga bernama Evening Primrose yang mempunyai pelbagai khasiat. EPO banyak digunakan untuk menyelesaikan masalah berkaitan sendi dan masalah berkaitan wanita.

Keistimewaan EPO Shaklee.

Di dalam EPO ada satu komponen yang di panggil Gamma Linolenic Acid (GLA). GLA bukan hanya terdapat di dalam EPO, malah terdapat di dalam bunga lain termasuk Bunga Borage.

GLA shaklee diekstrak dari Bunga Borage  yang mengandungi lebih 2 kali ganda GLA berbanding GLA di dalam EPO.

Bunga Borage adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO.

GLA shaklee merupakan kombinasi minyak Borage yang mengandungi asid Gamma Linolenik(GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Kebaikan GLA Complex

1. Digunakan secara traditional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid.

2. Merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, mengeluarkan kahak, melegakan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.

3. Mengawal Selia Estrogen dan Testosterone- GLA  membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS.

4. Melambatkan Menopause- memperbaiki keadaan menopause seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan dan mengetatkan uterus.

5. Memperbaiki Prostatomegaly - GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.

6. Memperbaiki inflamasi kulit. Ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, perbaiki bintik penuaan dan kurap. Meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma dan artritis.

Baca lagi tentang Vitamin untuk wanita.

Nak lebih info dan nak cuba vitamin 

Hubungi Akak Di sini

Rubaiyah Asan
SID 1084520
Pengedar Shaklee Greenhill Shah Alam.


#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#shakleegreenhill
#shakleepuncakperdana
#shakleeshahalam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MAKAN VITAMIN PERCUMA DENGAN CASH REBATE

CARA MUDAH RENEW MEMBERSHIP SHAKLEE.