Tips bekerja dari rumah.

 Assalamualikum wbt dan salam sejahtera. Selamat berhujung minggu. Apa activiti hujung minggu ni. Mungkin ada yang sedang memenuhi masa yang berkualiti bersama keluarga. Ada juga yang ambil kesempatan untuk pergi membeli 𝘣𝘢𝘳𝘢𝘯𝘨 keperluan bersama keluarga.

Alhamdulillah untuk Akak semalam telah selesai membeli 𝘣𝘢𝘳𝘢𝘯𝘨 keperluan untuk si Abang ke asrama hujung bulan ini. Memang ke biasanya kami memilih hari Sabtu untuk membeli belah atau buat aktiviti luar. Hari Ahad rehatkan diri, recharge semula. Esok bermulalah hari yang sibuk kembali.

Eh panjang pulak. Hari ini Akak nak kongsikan tips bekerja dari rumah. Sesuailah sangat dengan Akak yang sudah masuk tahun ke 3 menjadi suri sepenuh masa setelah 18 tahun bekerja diluar. Alhamdulillah sekarang sememangnya bekerja sepenuh masa dari rumah.



Ada beberapa perkara yang perlu dilakukan untuk pastikan apa yang kita inginkan dapat dicapai seperti yang di rancangkan. Ramai yang mahu bekerja dari rumah, namun masih ramai yang belum berjaya capai apa yang diimpikan. Untuk pastikan kita berjaya walaupun bekerja dari rumah, perkara berikut InShaAllah dapat membantu jika dilakukan dengan konsisten.

1. Perancangan.


Perancangan atau planning adalah sangat penting untuk memastikan apa yang kita lakukan dapat menghasilkan keputusan yang kita mahukan.

Rancangkan setiap pekerjaan kita dengan teliti. Buatkan jadual setiap hari untuk waktu kita berbisnes dan waktu untuk uruskan kerja hakiki. 

Sediakan senarai apa yang perlu dilakukan atau to do list untuk  keesokan hari. Utamakan pekerjaan yang sukar dan diikuti pekerjaan yang mudah. Sebaiknya senaraikan setiap pekerjaan yang ingin kita lakukan untuk esok. Sebelum tidur buat reheasal aktiviti yang telah disenaraikan di dalam minda kita. Power sangat tau mind reheasal ni kalau kita lakukan setiap malam sebelum tidur pada waktu alpha ni.

Contoh to do list. Untuk permulaan boleh juga buat yang lebih ringkas untuk melatih diri untuk selesaikan semua yang disenaraikan.

4.00 - Bangun tahajud dan solat subuh

6.30 - Trip pertama anak sekolah

8.30 -  Masa uruskan rumahtangga dan Solat Dhuha.

10.30 -  Update  medsos, PM prospek, update info bisnes to prospek

11.30 - Prepare lunch

12.30 - Trip kedua hantar anak sekolah

1.30 -  Follow up customer, update posting, PM prospek.

3.30 -  Me time, prepare dinner.

5.30 - Trip balik anak anak. Posting petang

7.30 - Solat magrib, tilawah, tazkirah, solat Isyak.

9.30 - Top up ilmu bisnes, prepare posting untuk esok,  buat planning untuk esok, 

11.30 - Mind reheasal untuk esok 

InShaAllah dengan adanya to do list ini kerja kita terutama suri rumah lebih teratur dan masa kita akan lebih berkualiti.

2. Discipline dan konsisten


Mereka yang sangat berdisiplin dan konsisten adalah orang orang yang berjaya. Namun masih ramai lagi yang belum mampu untuk konsisten. Buatlah senarai secantik manapun, namun jika kita tidak berdisiplin untuk mengikut senarai tersebut ianya tidak berguna.

Paksa diri untuk siapkan tugasan seperti yang telah kita senaraikan. Seandainya kita belum berjaya untuk menyelesaikan semua perkara yang telah disenaraikan untuk hari tersebut, paksa diri untuk selesaikan paling sikit 70% dari senarai yang telah kita buat.

Keesokannya, pastikan kita selesaikan tugasan yang tertinggal itu. Penting ya untuk selesaikan kerja yang tertangguh dahulu. Ianya amat penting untuk memotivasikan dan untuk mendisiplinkan diri kita. Ianya memang agak mencabar untuk permulaan, namum percayalah, selepas 21 hari, ianya akan menjadi rutin kebiasaan kita.

3. Adakan ruang yang selesa untuk bekerja dari rumah.





Ruang yang selesa amat penting untuk memastikan kita sentiasa bersemangat untuk terus bekerja dari rumah. Sediakan ruang khas yang ada meja, kerusi atau jika berkemampuan hiaskan seperti pejabat. Suasana ruang yang selesa memudahkan dan memberi semangat kepada kita untuk bekerja dengan lebih tekun.

Elakkan ruang kerja di dalam bilik tidur, Tempat yang terlalu panas atau cahaya yang suram. Hiaskan ruang bekerja dengan bunga atau bauan yang menyegarkan. Pastikan ruang sentiasa kemas mudah untuk buat video dan content yang perlu untuk bisnes.

4. Sentiasa bersiap.





Walaupun bekerja dari rumah, tidak bermakna kita boleh bekerja dengan pakaian tidur, baju kelawar atau baju mak mak di rumah. Pastikan siapkan diri seperti orang yang nak ke pejabat. Siapkan diri dengan pakaian untuk bekerja, dengan sedikit make up dan wangian       ( untuk diri sendiri). Ianya akan memberikan mood yang berbeza berbanding jika kita pakai “baju rumah”.

Dengan sentiasa bersiap, memudahkan kita untuk buat content pada bila bila masa. Nak buat video call dengan team member atau dengan group juga tiada masalah pada bila bila masa. “Bersiap” juga dapat meningkatkan kualiti kerja kita dari rumah. Lebih bersemangat dan lebih focus semasa bekerja.

5. Minta kerjasama dari ahli keluarga.



Perkara yang paling penting namun masih ada yang belum melakukannya adalah minta kerja sama dari ahli keluarga terutama kepada suami. Tidak lupa juga kepada anak anak. Berbincang dengan mereka waktu kerja yang kita perlukan supaya tiada gangguan semasa kita bekerja dari rumah.

Siapkan keperluan mereka sebelum kita mulakan waktu kerja. Dengan ini kita akan lebih fokus dan dapat menyelesaikan segala pekerjaan yang perlu disiapkan pada hari tersebut.

Ada banyak lagi Tips kerja dari rumah dari sahabat Akak ini.

Semoga bermanfaat.


Hubungi Akak Di sini
Rubaiyah Asan
SID 1084520
Pengedar Shaklee Greenhill Shah Alam.


#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#shakleegreenhill
#shakleepuncakperdana
#shakleeshahalam


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MAKAN VITAMIN PERCUMA DENGAN CASH REBATE

Vitamin untuk wanita

CARA MUDAH RENEW MEMBERSHIP SHAKLEE.