Keunikan Vivix yang ramai teruja.
Masih ramai tertanya tanya apa keunikan vivix Shaklee yang setiap hari semakin ramai penggemarnya sehingga terjual lebih 1 juta botol di Malaysia sahaja.
Kali ini Akak nak kongsikan keunikan vivix Shaklee yang menjadi idaman setiap orang ini. Jom kita ambil tahu kenapa unik sangat vivix ni.
1.Bahan utama vivix - Anggur Muscadine
Anggur muscadine ini adalah anggur yang sangat istimewa. Ini kerana anggur ini mempunyai kulit dan biji yang tebal. Ia mempunyai kadar antioksida 6 ke 8 kali lebih banyak dari beri biru.
Ianya juga sejenis anggur yang mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap serangan serangga perosak dan mampu hidup di kawasan yang panas dan berpasir.
Anggur muscadine juga satu satunya anggur yang mempunyai 20 kromozom berbanding dengan anggur lain yang mempunyai 19 kromozom.
2. Kaya polifenol ( super antioksida)

Resveratrol adalah sejenis polifenol. Kandungan resveratrol dalam 1 sudu vivix bersamaan dengan 100 gelas wine. Mana lebih mudah? Minum 1 sudu vivix atau minum 100 gelas wine untuk mendapatkan kandungan resveratrol yang sama?
Kandungan resveratrol dalam vivix adalah sebanyak 98%, berbanding dalam produk lain yang hanya ada 20% sahaja kandungan resveratrol. Sebab itulah vivix ini sangat unik.
3. Menggunakan hanya kulit dan biji anggur muscadine
Ini disebabkan kepekatan polifenol hanya terdapat pada kulit dan biji anggur muscadine dan bukan pada isinya. Sebab itu proses untuk mengextrack polifenol ini memakan belanja yang sangat tinggi. Sebab itulah vivix ini sangat premium sebab dihasilkan dengan cara yang paling baik.
Selain itu, bukti vivix ini adalah sangat tulen dan tidak dicampur dengan air adalah vivix tidak beku walaupun disimpan ditempat sejuk beku. Malahan rasanya lebih lazat bila disimpan ditempat sejuk beku.
4. Perbaiki dan melindungi kerosakan DNA
Keunikan vivix yang mungkin masih ramai belum tahu, ianya telah melalui kajian Telomere. Kajian ini dilakukan oleh Dr. Elizebeth Blackburn. Telomere adalah “pelindung” yang ada di hujung kromozom kita.
Semoga bermanfaat.
Ulasan
Catat Ulasan