Testimoni Shaklee Saya, Resdung yang teruk.
Assalamualaikum wbt, salam sejahtera.
Hubungi Akak Di sini
Pernah tak korang rasa tidur yang tidak selesa sebab tak boleh bernafas hidung tersumbat. Terpaksa bernafas melalui mulut yang memang tak selesa. Bantal nak kene tinggikan nak cari ruang untuk bernafas.
Tak cukup dengan itu, air hidung tak henti henti meleleh tak boleh dikawal. Tisu memang dah berkotak kotak. Nak kurangkan rasa sesak nafas, sapu lah minyak viks.
Setiap pagi bersin sampai sakit kepala. Masa nak pandu kereta nak pergi kerja tu, masa tulah bersin tak putus. Tangan nak pegang stereng kereta, nak pegang tisu lap hidung, air mata pun ikut meleleh juga.
Masuk opis, hidung merah, mata merah…itulah yang Akak alami sebelum ini. Nak hentikan semua tu, Akka beli ubat di farmasi. Legalah untuk hari tu, esok atau dua atau tiga hari kemudian jadi semula.
Resdung yang Akak alami ini, semakin lama bukan sahaja mengganggu kesihatan, namun ianya juga mengganggu prestasi kerja Akak.
Selain makan ubat dari farmasi, Akka juga ada makan jamu dan berubat kampung. Cuba juga beberapa produk untuk memulihkan, namun ianya bersifat sementara sehinggalah Akak berjumpa dengan Sustained Released
Vitamin C dari Shaklee.
Alhamdhulillah tak lama lepas amalkan vitamin C ni, hidung yang sangat sensitif sebelum ini beransur pulih. Bermula dengan mengamalkan vitamin C ini setiap hari, Akak dapat rasakan perubahan pada diri ini.
Kalau sebelum ini, Akak mudah sangat terkena sesema dan batuk, mudah sangat demam terutama bila keadaan sekeliling berhabuk, selepas mengamalkan vitamin C ini, keadaan semakin bertambah baik.
Lepas beberapa lama, tiada lagi bersin setiap pagi. Tiada lagi hidung tersumbat, tak ada lagi air hidung meleleh, mata merah berair, yang ada cuma rasa yang selesa dan semakin sihat. Alhamdhulillah.
Bila dah dapat kesan yang sangat baik ni dari vitamin C, Akak pun tambahkan vitamin yang lain untuk tingkatkan lagi kesihatan.
Antara vitamin yang memang Akak amalkan untuk tingkatkan kesihatan pada masa itu, Alfalfa, omega guard, vitamin B complex, vitalea, ESP dam Vivix.
Inilah salah satu testimoni Shaklee saya. Selepas mengamalkan vitamin Shaklee secara istiqomah, memang tahap kesihatan meningkat. Bukan sahaja untuk diri sendiri, untuk keluarga juga. Sihat itu sangat berharga.
Pentingnya Amalkan Vitamin Setiap Hari.
Masih ada lagi salah faham dikalangan kita. Fungsi vitamin dan ubat berbeza. Untuk dapatkan kesan yang optimum, vitamin seharusnya diamalkan secara istiqomah setiap hari untuk meningkatkan kesihatan dan untuk mencegah penyakit.
Manakala ubat pula diambil semasa sakit untuk merawat sakit atau mengurangkan sakit.
Vitamin akan lebih berkesan jika diambil semasa kita masih sihat. Kerana ianya mampu untuk membantu meningkatkan imun badan untuk melawan penyakit.
Berbeza bila ambil vitamin semasa kita sakit atau sedang menghidap penyakit. Pada waktu ini, ia memerlukan lebih masa untuk meningkatkan imun badan.
Pastikan kita tahu dan kenal vitamin yang telah kita pilih untuk bantu tingkatkan kesihatan kita. Pilihlah vitamin yang organic bukan yang sintetik.
Pada waktu ini, ada banyak pilihan vitamin dipasaran dengan pelbagai saingan. Jadi kita sebagai pengguna kene bijak dalam memilih, untuk memastikan apa yang kita masukkan ke dalam badan kita adalah yang terbaik buat kita bukan sahaja dari segi kesihatan, malah dari segi kewangan juga.
Semoga bermanfaat untuk semua.
Hubungi Akak Di sini
Rubaiyah Asan
SID 1084520
Pengedar Shaklee Greenhill Shah Alam.
#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#shakleegreenhill
#shakleepuncakperdana
#shakleeshahalam
Ulasan
Catat Ulasan