Petua Hilangkan Jeragat

 Assalamualikum wbt dan dalam sejahtera semua. Bertemu lagi kita. Kali ini Akak nak kongsikan Petua hilangkan jeragat. 

Maklumlahkan bila usia semakin meningkat ini, mulalah jeragat muncul. Bila dah ada sikit sikit jeragat dimuka tu mulalah kita susah hati. 

Sebelum kita pergi jauh lagi,  Jom kita ambil tahu apa itu jeragat? 


Jeragat adalah tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian seperti pipi, hidung, dahi dan kawasan sekitar mulut. Tompok jeragat biasanya kelihatan lebih gelap dari tone warna asal kulit kita dan ini menyebabkan tone kulit kelihatan tidak sekata.

Kadang kala saiz jeragat yang kecil ini akan membesar dan bercantum dengan jeragat yang lain dan memenuhi  ruang disetiap wajah anda. Inilah yang akan menyebabkan wajah anda tidak menarik dan kelihatan gelap.

Punca jeragat.

1. Terdedah kepada cahaya matahari.

Sinaran ultraviolet atau UV. Sinaran UV A dan UV B.

UV A- adalah sinaran yang paling banyak dalam matahari, ianya mampu menembusi lapisan kulit paling atas dengan mudah. Jika kulit tidak dilindungi, sinaran ini akan menyebabkan kulit mudah rosak dan inilah salah satu penyebab jeragat.

UV B - cahaya ini kurang dari UV A, kerana ianya telah diresap oleh lapisan ozon. Cahaya ini jika terkena kulit akan menyebabkan kulit menjadi terbakar atau sunburn. 

2. Faktor usia.

Semakin meningkat usia semakin mudah untuk ada jeragat. Kebiasaan jeragat akan mula muncul di usia 30an. Namun ada juga seawal usia 20an telah ada jeragat. Penting untuk pastikan barangan penjagaan ada kulit anda betul. Pastikan rutin harian pencuci muka, penyegar dan pelembab muka tidak culas. 

Nak cantik kene rajin ya. Biasakan sedari awal lagi amalkan penjagaan kulit yang betul. Pastikan sebelum tidur segala make up telah dibersihkan. Elakkan tidur denagan makeup masih dimuka.

3. Faktor keturunan 

Tahukah anda, jeragat merupakan salah satu penyakit keturunan. Jika ibu anda ada jeragat, berkemungkinan besar anda mudah untuk dihinggapi jeragat. Jadi kenali punca jeragat dan elakkan sedari awal.

4. Penggunaan Kosmetik yang berkualiti rendah.

Penggunaan kosmetik yang tidak sesuai juga akan menyebabkan punca jeragat. Kini terlalu banyak kosmetik timbang kilo yang dikeluarkan dengan harga yang murah dan kesan yang sangat cepat. 

Namun sayangnya ada antara kosmetik tersebut mempunyai bahan yang merosakkan kulit. Ianya mengandungi bahan yang menghalis kulit dan ini menyebabkan cahaya UV A menyerap ke dalam kulit dan seterusnya merosakkan kulit.

5. Perubahan hormon.

Perubahan hormon dikalangan wanita juga boleh menjadi punca kepada timbul di muka. Perubahan hormon mengandung, bersalin, ambil pil perancang, pengambilan ubat antara penyebab kepada perubahan hormon.

Ada sesetengah wanita masalah jeragat akan hilang selepas hormon mereka kembali normal, namum ada juga yang jeragatnya kekal walaupun hormon kembali normal.

Cara merawat jeragat

Apabila telah mula ada jeragat dimuka, Jangan tunggu lagi. Bertindak terus untuk menghapuskan jeragat tersebut. Semakin lama jeragat dibiarkan, semakin menebal dan menjadi semakin sukar untuk dihilangkan.

Berikut ada beberapa cara untuk merawat jeragat.

 Cara traditional.

1. Gunakan perahan jus limau yang kaya dengan vitamin c dan asid sitrik untuk memudarkan jeragat. Sapukan beberapa 2 ke 3 sudu  jus limau, sapukan dimuka dan biarkan selamat 8 ke 10 minit. Lakukan 2 kali sehari untuk kesan yang lebih baik.

2. Sapukan aloe vera untuk hilangkan jeragat dimuka. Sapukan aloe Vera dimuka selama 15 minit, kemudian basuh dengan air sejuk. Lakukan setiap hari untuk kesan yang lebih baik.

3. Gunakan serbuk kunyit. Kajian menunjukkan curcumin pada kunyit memgurangkan penghasilan melanin pada kulit yang menyebabkan  jeragat. Caranya campurkan 1 sudu serbuk kunyit bersama jus lemon kemudian kacau hingga pekat. Sapukan di bahagian yang ada jeragat. Biarkan kering dan basuh. Lakukan setiap minggu.

Rawatan modern lebih mudah.

1. Amalkan minum teh hijau.


Cinch tea dari Shaklee ini mengandungi antioksidan yang tinggi  yang mampu membantu  mengelakkan kulit dihinggap jeragat. Amalkan setiap hari.


2. Amalkan vitamin untuk cantikkan kulit

Rawatan dengan pengambilan vitamin Shaklee adalah lebih berkesan. Ianya mampu untuk memudarkan tompok-tompok jeragat dan seterusnya membuat kulit semakin cantik dan glowing.

Terbukti berkesan dan selamat kerana semua vitamin shaklee telah melalui 300 ujian keselamatan sebelum dikeluarkan.

Pengamal vivix pula bukan sahaja memdapati lilit mereka semakin cantik dan bebas jeragat, malahan kesihatan juga semakin meningkat. Ini kerana vivix merawat sehingga ke dalam sel sel badan. Sel sihat, seluruh badan sihat.

3. Merawat jeragat dengan Youth Shaklee

Barangan penjagaan kulit yang kita guna sangat penting untuk pastikan kulit sentiasa sihat dan bebas jeragat. Pastikan barangan yang kita pakai adalah selamat dan bebas dari bahan yang merosakkan kulit kita.

Tips untuk kulit sihat.
1. Pastikan cuci muka dengan bersih
2. Gunakan toner selepas mencuci  muka untuk buang kesan kesan kotoran yang masih ada dan untuk sehari an muka.
3. Pastikan guna night cream atau serum sebelum tidor untuk merawat muka semasa tidor. 
4. Pastikan guna SPF 50 setiap kali keluar rumah untuk elakkan UVA dan UVB merosakkan kulit muka kita.




Sangat disarankan untuk menggunakan penjagaan kulit muka dari shaklee. Youth series yang merupakan Siri penjagaan muka yang telah melalui kajian selama 8 tahun sebelum dipasarkan telah terbukti berkesan untuk merawat jeragat dan mampu untuk menjadikan kulit muka kembali remaja.


Jom baca lagi tip untuk Petua hilangkan jeragat dari sahabat Akak ini.

Nak tahu lebih lagi tentang vitamin Shaklee dan juga Youth Shaklee boleh hubungi Akak ya.

Semoga bermanfaat.

Hubungi Akak Di sini
Rubaiyah Asan
SID 1084520
Pengedar Shaklee Greenhill Shah Alam.


#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#shakleegreenhill
#shakleepuncakperdana
#shakleeshahalam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CARA MUDAH RENEW MEMBERSHIP SHAKLEE.

MAKAN VITAMIN PERCUMA DENGAN CASH REBATE

Amalan Gaya Hidup Sihat