HARI RAYA OPEN HOUSE

 Assalamualikum wbt…hai semua. Selamat hari raya. Masih mood raya lagi. Semakin rancak jiran tetangga mengadakan rumah terbuka sekarang ni. Hujung minggu penuh jemputan ke rumah terbuka.

        
Bila menghadiri rumah terbuka ni sememangnya tuan rumah akan hidangkan makanan yang terbaik untuk setiap tetamu yang hadir. Semua makanan kegemaran terhidang. Rugi rasa kalau tak dijamah makanan yang dihidangkan.

Bersempena acara rumah terbuka yang masih rancak sekarang ni, ada beberapa tips untuk menghadiri rumah terbuka yang sebaiknya kita amalkan.

Tips menghadiri jemputan ke rumah terbuka.

Semasa menghadiri rumah terbuka, perlu menjaga adab dan sopan supaya majlis berjalan lancar dan dapat menyenangkan hati tuan rumah. 

1. Betulkan niat dan tujuan.

Memenuhi jemputan adalah dituntut dalam agama kita. Pastikan betulkan niat. Memenuhi jemputan dengan niat untuk mengeratkan silaturrahim, bermaafan dengan saudara mara dan jiran tetangga. Elakkan hadir dengan niat tersembunyi seperti ingin menonjolkan diri, harta atau mencari kesalahan orang lain.

 Pastikan bila keluar dari rumah tersebut kita pekakan telingga, butakan masa dan bisukan mulut. Bermaksud segala kelemahan yang terlihat tidak dibawa keluar dari rumah tersebut. 

2. Memenuhi masa yang ditetapkan.

Ikutlah masa yang telah ditetapkan oleh tuan rumah. Menghormati masa mereka. Janganlah datang terlalu lewat atau terlalu awal hingga menyusahkan tuan rumah. Sebaiknya mohon keizinan tuan rumah terlebih dahulu jika ingin berkunjung diluar waktu yang telah ditetapkan.

3. Menjaga aurat. 

Kebiasannya tiada masalah untuk lelaki, namun untuk wanita perlu berhati hati. Untuk wanita sebaiknya pakailah stokin atau sarung kaki kerana kebiasaannya kita akan buka kasut dan kaki wanita adalah aurat.

Jika baju yang kita pakai, lengannya lebar, pastikan ada sarung lengan atau handsock untuk menjaga aurat kita. Elakkan memakai baju yang mengikut bentuk badan kerana itu juga adalah aurat. Sebaiknya yang belum bertudung, pakailah tudung semasa hadir ke rumah terbuka ini, semoga dengan barokah silaturahim ini dapat membuka hati untuk terus bertudung dan menutup aurat.

4. Hormati Tuan Rumah.

Minta izin untuk masuk ke rumah dan bersalaman dengan tuan rumah dan semua yang ada dalam rumah tersebut. Begitu juga sebelum pulang, mintalah izin untuk pulang. Ucapkan Terima kasih atas jemputan dan hidangan mereka. Doakan  diluaskan rezeki dan dipanjangkan umur untuk tuan rumah, keluarganya dan semua yang hadir.

5. Menjaga akhlak dan tingkah laku.

Jagalah akhlak dan tingkahlaku semasa di rumah orang. Elakkan menunjuk, takabur dan meninggikan diri dan suara semasa bercakap. Hormat tetamu lain. Jaga tingkah laku dan pandangan. Elakkan mata melilau memerhati satu persatu meneroka rumah orang sehingga ke bilik tidur. Jagalah tingkah laku kita dan keluarga yang kita bawa untuk menjaga hati tuan rumah.

6. Jaga adab makan.

Ambil sekadar yang kita perlu sahaja dan Jangan membazir. Elakkan mengambil makanan dengan banyak dan ingatlah orang yang kemudian walaupun makanan banyak lagi. Makanlah dengan tertib. Untuk yang ada penyakit, pilihlah makanan yang sihat. 

7. Memendekkan tempoh ziarah.

Pendekkan tempoh ziarah. Tak perlulah duduk terlalu lama sehingga sehingga berjam jam sehingga tuan rumah rasa tak selesa kerana pada hari itu ada ramai tetamu yang lain dan tempatpun terhad.

8. Utamakan solat.

Sesibuk manapun kita memenuhi jemputan, Pastikan utamakan solat. Sekiranya telah masuk waktu sebelum sampai, berhentilah dimana mana surau untuk solat. Tips untuk mudah solat, Pastikan sentiasa ada wuduk. Tak perlulah masa yang lama untuk bermake-up lepas solat atau terpaksa tinggalkan solat sebab sayang nak buang make-up.

Rasulullah ﷺ menjelaskan dalam hadisnya: “Sesiapa meninggalkannya (solat), maka sesungguhnya ia telah kufur (mengerjakan perbuatan orang kafir).” (Riwayat Ibnu Hibban; At-Targhib 1:348).


8. Pastikan tahu tahap kesihatan kita.

Untuk yang kurang sihat, batuk atau sesema, elakkan untuk  hadir ke rumah terbuka untuk mengelakkan berjangkit dengan orang lain. Pastikan sentiasa ambil langkah langkah untuk pastikan kita kekal sihat dengan mengambil atau sentiasa mengamalkan vitamin. 






Berikut adalah vitamin yang sentiasa diperlukan untuk tingkatkan kesihatan terutama di musim pertayaan ini.


Ini adalah vitamin yang diperlukan semasa musim rumah terbuka ini untuk mengawal berat badan, elak kegemukan dan kekal langsing dan sihat. Yang belum ada vitamin ni, boleh dapatkan di sini Nak vitamin .

Ada banyak lagi cerita menarik Hari raya open house. Semoga setiap kunjungan kita dapat mengeratkan lagi silaturrahim yang ada dan mendapat kebaikan dunia akhirat.


Nak join buat detox untuk kurus sihat, nak join member,  Wasap untuk Akak bantu


Hubungi Akak Di sini
Rubaiyah Asan
SID 1084520
Pengedar Shaklee Greenhill Shah Alam.


#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#shakleegreenhill
#shakleepuncakperdana
#shakleeshahalam


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CARA MUDAH RENEW MEMBERSHIP SHAKLEE.

MAKAN VITAMIN PERCUMA DENGAN CASH REBATE

Amalan Gaya Hidup Sihat