VITAMIN KULIT CANTIK HARGA RAHMAH
Pejam celik dah tinggal beberapa hari saja lagi puasa. Tak berapa hari lagi dah nak raya. Dah terasa bahang raya bila setiap hari ada sahaja semerbak bau wangi biskut raya dari rumah jiran tetangga.
Bila musim raya ni, semua orang nak cantik. Wanita khususnya, dewasa, remaja, warga emas dan anak anak semua nak cantik. Nama pun wanitakan. Masa inilah nak mengabadikan gambar kenangan bersama keluarga dan sanak saudara. Pastinya semua mahukan gambar yang tercantik.
Ni bukan gambar raya. Ni gambar sebelumKeyakinan diri yang tinggi menjadikan seorang wanita kelihatan lebih anggun dan bergaya walaupun rupa fizikalnya sederhana.
Berikut ada beberapa cara untuk meningkatkan keyakinan diri:
1. Kenali terlebih dahulu siapa dirimu sebenarnya.
2. Cantik untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain.
3. Tampil cantik bergaya dapat meningkatkan keyakinan diri.
4. Percaya pada diri sendiri dapat meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan orang lain.
TIPS UNTUK CANTIK.
1. Kenali jenis kulit
Kulit kering, berminyak atau gabungan kering dan berminyak. Ianya sangat membantu untuk kita memilih barangan penjagaan kulit dan barangan kecantikan mengikut kesesuaian kulit.
2. Buat pemilihan barangan penjagaan kulit dengan bijak.
Pastikan kita tahu apa yang kita letakkan di kulit muka kita.Pastikan ianya dari bahan semulajadi dan buka sintetik.
3. Pemakanan
Makan makanan yang seimbang dan elakkan makan yang diproses, makanan dalam tin. Kurangkan pengambilan gula, tepung, roti putih. Lebihkan protein dan serat dalam hidangan setiap hari.
Pastika suku suku separuh dalam setiap hidangan. Pastikan air yang cukup ikut keperluan badan. 1 liter air untuk setiap 20kg berat badan.
4. Senaman
Bersenamlah sekarangnya 3-5 kali seminggu. Senaman mudah seperti berjoging dan berjalan ditaman. Pastikan menghirup udara segar.
5. Tidur dan rehat yang mencukupi
Tidur yang berkualiti adalah tidur bermula sekitar pukul 10 malam atau 11 malam. Tidur Selepas pukul 12 malam menjadikan tidak anda kurang berkualiti.
Tidur sebelum pukul 12 dan bangun awal pagi sebelum subuh menjadikan kita lebih cergas di siang hari.
6. Rawatan wajah.
Majakan diri dengan melakukan rawatan wajah 1 atau 2 kali sebulan bergantung kepada keperluan diri. Selain dapat membantu untuk menjaga kulit, ianya juga dapat memberikan ketenangan untuk badan dan minda.
7. Amalkan suplemen untuk kulit cantik.
Suplemen seperti ESP dan vitamin C mampu untuk menjadikan kulit cantik, merawat kulit yang rosak kembali cantik dan juga mengekalkan kecantikan kulit.
Bukan itu sahaja, ianya juga mampu untuk memudarkan dan menghilangkan parut jerawat yang ada. Selain itu, ESP yang tinggi dengan protein sangat membantu untuk mempercepatkan penurunan berat badan.
Ramai telah tahu vitamin C adalah vitanin untuk meningkatkan imun badan untuk melawan penyakit dan seterusnya dapat membantu badan untuk kekal sihat.
Selain itu vitamin C juga terkenal sebagai vitamin untuk kecantikan.
Fungsi vitamin C untuk kecantikan.
1. Membantu pembentukan kolagen dalam badan dengan cara mengekalkan enzim aktif yang bertindak untuk penghasilan kolagen.
2. Membantu mencerahkan kulit dengan lebih sekata.
3. Membantu mengatasi masalah jerawat
4. Membantu mengatasi masalah kulit akibat kerosakan daripada terdedah kepada UV matahari.
5. Melindungi kolagen daripada kerosakan oksidatif.
6. Mempercepatkan penyembuhan luka, ulser atau melecur.
7. Bertindak sebagai anti-radang.
Testimoni vitamin C
Ianya merupakan hidangan lengkap, tinggi protein, kandungan GI yang rendah, penuh dengan vitamin, dan lembut pada perut.
Tahukah anda kini telah ada vitamin kulit cantik dengan harga Rahmah.
#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#shakleegreenhill
#shakleealambudiman
#shakleepuncakperdana
Rubaiyah Asan SID 1084520
Phone : 012-6509190
Ulasan
Catat Ulasan