TIPS KURUS DENGAN CEPAT

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera. Apa khabar semua? pejam celik dah semakin menghampiri syawal kita. 

Ramai diantara kita yang mengharapkan puasa sebulan ini, selain mendapat segala ganjaran pahala dapat juga nikmat kesihatan selepas berpuasa. Ramai yang mengharapkan lepas sebulan berpuasa, berat badan semakin turun.

Tapi ramai juga sahabat sahabat Akak ni yang komen  “rasa macam dah kurangkan makan, tapi berat tak turun pun". Ada juga yang komen "berat badan tak turun pun dah nak hampir sebulan puasa ni". Ada lagi yang susah hati bila berat dia semakin naik bulan puasa ni, bukan turun. 

Macam macam kan karenah kita ni nak turunkan berat badan. bukan salah makanan yang dimakan sebab berat tak turun. Bukan juga salah sebab berpuasa di siang hari, cuma kita yang tidak makan dengan cara yang betul, sebab tu berat susah nak turun.

Sebenarnya ada cara yang berkesan, jika kita amalkan pasti berat akan turun. Nak tak Akak kongsikan tips kurus dengan cepat?


Tips Kurus Dengan Cepat.

1. Mindset.

Fokus untuk dapat gaya hidup yang sihat melalui pemakanan dan gaya hidup yang aktif, adalah lebih utama dari hanya fokus untuk kurus.

Fokus untuk capai tahap kesihatan yang baik, bukan fokus untuk kurus semata sehingga abaikan tahap kesihatan

Fokus untuk bina habit yang sihat. Ini kerana diri kita yang sekarang adalah hasil dari tabiat kita yang lama. Bila kita berjaya bina habit yang baru, kita berjaya bina perubahan gaya hidup yang kekal lama.

Dan yang paling utama, kene tanamkan dalam mindset yang skip makan, berlapar pada waktu yang lama, bukalah penyelesaian kepada masalah berat badan.

2. Betulkan cara makan


Elakkan makan selepas pukul 8 malam. Ini kerana badan kita memerlukan 5 ke 6 jam untuk mencernakan makanan. Lewat makan akan menyebabkan masalah kegemukan.

Ramai antara kita yang beranggapan bila nak turunkan berat badan perlu kurangkan makan sahaja. Kurangkan makan dan makan hanya satu atau dua kali sahaja sehari. Cara ini mungkin kurang tepat.

Untuk turunkan berat badan, anda perlu makan pada waktu yang telah ditetapkan. makan tiga kali sehari dan boleh ditambah dua makanan sampingan. Namun kene pastikan makan betul pada waktunya dan makan makanan yang sihat.

Makan real food bukan makanan proses atau makanan segera. Makan dengan sukatan suku suku separuh. sebaiknya makan makanan yang dimasak secara sihat seperti kukus, rebus dan grill. Elakkan makan makanan bergoreng,  mengandungi lemak dan bahan pengawet.

Kurangkan pengambilan karbohidrat dan lebihkan protein.

Kurangkan pengambilan karbohidrat dalam hidangan harian seperti nasi yang tinggi kandungan kanji,mee, pasta, roti putih dan yang seumpamanya. Karbohidrat yang berlebihan akan menyebabkan masalah kegemukan.

Purata keperluan kalori untuk lelaki adalah 1800kcal ke 2200kcal, 50 peratus adalah dari karbohidrat. Kalori untuk wanita pula adalah 1500kcal ke 1800kcal sehari.

Untuk turunkan berat badan, protein adalah sangat penting dan dianggap sebagai "raja nutrisi". Kajian menunjukkan pengambilan protein boleh meningkatkan kadar metabolic dan dapat mengurangkan selera makan. Makanan yang tinggi protein boleh membakar 80 ke 100 kalori sehari.

Makanan yang tinggi protein seperti telur, dada ayam, ikan, daging boleh menyebabkan kenyang yang lama dan dapat mengelakkan pengambilan kalori tambahan pada hari tersebut. Ianya sangat membantu untuk mempercepatkan turunnya berat badan.

Protein pilihan Akak semestinya ESP. Selain kandungan protein yang tinggi, ia juga megandungi GI yang rendah, dilengkapkan dengan 9 essential amino acids. Selain menurunkan berat badan, ia juga sangat membantu mencantikkan kulit, menguatkan tulang dan paling utama meningkatkan kesihatan.

     ESP mengandungi protein yang tinggi sangat baik
     Untuk membantu turunkan berat badan dengan 
     cepat. ESP FREE membership





      
3. Cukupkan pengambilan air.



Untuk turun berat badan, air yang cukup ikut keperluan badan adalah sangat penting. Pastikan kandungan air dalam badan adalah mencukupi. Sukatan air yang disarankan adalah sebanyak 1 liter untuk setiap 25kg berat badan., ataupun 8 gelas air setiap hari. 

Air di sini merujuk kepada air putih atau air mineral sahaja. Air manis tidak dikira kerana air manis mengandungi kalori.


4. Katakan tidak kepada gula.


Terdapat banyak nama gula dipasaran untuk mengelirukan pemahaman kita. Walau apapun namanya, selagi ianya guna, ia adalah bahaya untuk kesihatan dan menyebabkan kegemukan jika diambil berterusan dan berlebuhan.


                            Nama lain bagi gula 



Cara mudah untuk turunkan berat badan adalah dengan mengurangkan gula dalam makanan dan minuman. Elak makan makanan manis. Gantikan makanan manis seperti kek atau kueh yang manis kepada buah buahan. 

Buah seperti jambu batu, epal hijau, evacado dan buah yang tidak manis adalah sangat bagus untuk membantu cepatkan penurunan berat badan. Elakkan pengambilan buah yang manis seperti pisang, durian, rambutan, mangga masak dan semua buah yang manis sekiranya anda mahukan penurunan berat yang cepat.

Elakkan minuman manis. Gantikan minuman manis dengan air mineral atau air yang tiada kandungan gula. Jus buah yang tidak manis juga boleh diambil. 

Sugar carving pastinya akan berlaku. Ini disebabkan kita telah biasa mengambil hidangan yang manis. Untuk menghilangkan sugar carving ini Akak memilih untuk mengambil cinch shake Shaklee. Akak gantikan minuman kayangan yang manis sebelum ini kepada cinch shake.

Selain rasanya yang sangat sedap, ianya sangat membantu untuk menghilangkan sugar carving. Pada masa yang sama ianya mengandungi vitamin yang lengkap untuk meningkatkan kesihatan. Kurus sihat dengan cepat.






5. Tidur yang cukup mampu turunkan berat badan.



Tidur yang cukup dan tidur yang berkualiti sangat membantu untuk cepatkan penurunan berat badan. Namun masih ramai yang mengabaikan waktu tidur.

Satu kajian oleh  Journal of Clinical Nutrition and Metabolic Care 2013 menyatakan mereka yang tidak tidur malam, selera makan pada waktu itu akan meningkat. Berkemungkinan besar mereka akan memilih makanan yang tinggi karbohidrat.

Mengikut saintis, tidur dan berat badan sudah lama berkait rapat. Secara purata, bagi yang selalu tak cukup tidur, mereka lebih cenderung untuk naik berat badan.

Kajian kepada 70,000 wanita menunjukkan, mereka yang tidur selama 5 jam sehari cenderung menambah berat badan sebanyak 32 peratus berbanding yang tidur 7 jam sehari.

Walau bagaimanapun bukanlah bermakna sekiranya cukup tidur, berat akan turun. Tetapi tidur yang sikit akan menghalang metabolisme dan menyumbang kepada penambahan berat badan.

6. Detox sangat membantu kurus dengan cepat.

Pengalaman Akak sendiri selepas buat detox berat memang turun dengan cepat. Bukan berat sahaja yang turun, yang paling Akak teruja masa tu adalah turun berat cepat dengan cara sihat.


Selain turun berat dengan cepat, Detox juga sangat membantu untuk meningkatkan kesihatan. Pengalaman sendiri terbukti selepas detox, beberapa penyakit yang Akak alami sebelum ini, Alhamdhulillah Allah izin untuk terus hilang sehingga kini. 

     Turun 4.5kg selepas 12 hari sahaja.

                     Detox bantu masalah hormon wanita.

                     Berat turun, kesihatan semakin

Untuk kurus dengan cepat memang tidak mustahil kerana kerana Akak sendiri dah mengalaminya. Cuma pastikan kurus dengan cepat dan sihat. 

Matlamat kita bukan kurus semata, tapi kurus cepat dengan sihat. Nikmat sihat itu sangat penting. Ianya anugerah yang tak dapat dijual beli. Namun kita sangat dituntut untuk berusaha memperbaiki dan meningkatkan kesihatan kita.


Nak tahu lebih info Detox Kurus Sihat
Jom sertai Detox untuk kurus dengan cepat dan pastinya sihat.

Selamat berpuasa dan selamat menyambut hari lebaran yang tinggal beberapa hari sahaja lagi. Pastikan tukar ke habit lebih sihat.


Your Trusted SID
Rubaiyah Asan

#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#setrahmahshaklee
#setrahmah
#shakleegreenhill
#shakleepuncakperdana
#shakleeshahalam






















 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CARA MUDAH RENEW MEMBERSHIP SHAKLEE.

MAKAN VITAMIN PERCUMA DENGAN CASH REBATE

Amalan Gaya Hidup Sihat