Cara turunkan bacaan darah tinggi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.


Baru nak start memblog.Setelah sekian lama niat terpendam, kini baru ada kekuatan dan masa untuk memblog. Semoga langkah pertama di bulan yang mulia ini menjadi langkah -langkah yang sentiasa diberkati oleh yang mana Esa.

      Alhamdulillah, hari ini hari ke 9 kita berpuasa di bulan Ramadhan ini. Di bulan yang mulia ini RA nak share sikit pengalaman RA dengan DARAH TINGGI.

Biasa kan dengar DARAH TINGGI ni. Biasa terjadi di kalangan usia :

35 tahun ke atas
tak jaga makan
tak bersenam
merokok
keturunan
stress
hormon tak stabil
pembawakan semasa mengandung

Kita juga tahu bahaya dan akibat DARAH TINGGI ini jika tidak dirawat.RA tak kongsi kesan dan akibat DARAH TINGGI di sini. RA akan kongsi dalan entri seterusyer. kali ini RA nak share pengalaman sendiri.

Nak dijadikan cerita, dua bulan lepas RA mengalami sakit kepada beberapa hari, pergila klinik. Doktor periksa tekanan darah tinggi bacaan 163/90.
Alamak!!... Doktor yang bertugas pada masa itu mencadangkan RA untuk makan ubat untuk turunkan darah tinggi. Tetapi disebabkan RA ada terbaca kesan tak berapa nak bagus jika terus ambik ubat ni, RA minta tempoh 2 minggu untuk turunkan bacaan di atas kepada 120/70.

Apa lagi, balik rumah RA pun mengoogle la dengan jayayer kaedah untuk turunkan bacaan darah tinggi ini.

Ada beberapa petua untuk turunkan bacaan darah tinggi ini:
1. Amalkan minum just labu siam
kandungan gizi dan manfaat labu siam bagi kesehatan
Haa... ni gambar labu siam. RA pun buat la jus ni. Murah jer labu ni. Sebiji kalau beli di pasar raya tak smapi RM 2.
Rasa jus ni seperti biasa cuma jus ini ada bau sikit.RA kisar separuh buah ni dengan 1 cawan air sejuk, ambik jus sahaja. kulit luar tu kene buang sebab kulit tu keras sikit. Buah ni pun sedap dicampur dengan sup ayam.
Minum pagi dan petang, cepat menurunkan bacaan darah tinggi.
 Credit untuk Pn. Rozita JRM yang mula mula share pasal kebaikan ini.

2. Amalkan Jus peria katak dan epal hijau
Buku Nota Cempakamelati: Epal hijau - mempu mengurangkan ...
Just peria katak dan epal hijau ini RA amalkan pagi semasa perut kosong. Buah epal jangan dibuang kulityer tapi dikikis sahaja untuk hilangkan lilin yang disalut. Peria katak buang biji dan salut putih dalam kulit. Kisar 1 biji epal hijau bersama 1 biji peria katak 1 cawan air. nak sedap kisar dengan air sejuk.
Oppppp!!! jangan dibuang isi dalam tu, minum sekali.RA suka rasayer yang masam masam manis n ada pahit pahit sikit. bagus untuk menyejukkan badan, melegakan sakit kepala sebab darah tinggi, menurunkan gula dalam darah dan bagus untuk yang nak kurus. Sebab jus ini mengeyangkan.

3. Amalkan makan cincau.

Haa... petua yang ketiga ni pun RA buat juga. Petua ini RA terbaca dalam satu entry tak igat siapa, Tapi masa tu dia belikan cincau ini untuk ibu dan ibu mertua yang menghidap darah tinggi.terima kasih kerana share petua ini yer.
petua ini RA amalkan setiap hari makan 1 tiup cincau manis. Boleh didapati di mana mana pasaraya, harga pun tak mahal. bacaan darah memang turun tetapi pada yang tak tahan sejuk, tidak digalakkan untuk ambil banyak yer. RA makan macam tu jer, tak buat air pun.

petua petua di atas tu RA amalkan kekadang tak consistence, siapa yang punyer masa dan rajin boleh terus amalkan untuk membantu menurunkan bacaan darah tinggi. Pada masa yang sama jangan lupa:

1. Pemakanan yang sihat - Untuk 1 minggu pertama RA cuma ambik oat campur kismis sahaja untuk pagi dan tengahari. malam RA ambik sup tampa minyak, ayam atau ikan kukus sahaja. Tiada carbohidrat langsung.
                                  - Untuk minggu kedua, RA ambik oat lagi tapi campur dengan ikan bilis, sayur, lauk lauk seperti biasa tetapi daging dan gula masih tak ambik.Oat sebagai nasi. masih katakan tidak pada nasi.

2. Senaman - Yang ni sangat dinasihatkan untuk dilakukan.  RA memang tak sempat untuk bersenam, kekangan masa katakan. Tapi RA banyak berjalan kaki. Sehari berjalan 10 ribu tapak. Dalam app. sekarang kan dah ada. Bole install jer untuk monitor langkan seharian kita.

Disebabkan RA ni tak banyak masa di rumah, keluar sebelum subuh, balik lepas isyak, dan pada masa yang sama RA kene pastikan tekanan darah tu kene turun dalam masa 2 minggu, RA pun ambik cara yang lebih mudah.

APA yang RA buat untuk TURUNKAN BACAAN DARAH TINGGI DALAM MASA 2 MINGGU:
RA ambik Vitamin atau makanan tambahan.

Sebabkan vitamin ni nak kene order, hari ke 3 dari tarikh jumpa doktor tu baru RA mulakan makan Vitamin ni. RA ambik

1. Omega Guard 
2. Garlic complex
3. Vetalea
4. lecitin E
5. B Complex
6. ESP

Dengan diet dan konsisten bersenam jalan kali, dibantu dengan vitamin ini, dengan izin Allah, kini bacaan kembali normal.
Alhamdulillah RA tak perlu ambik ubat klinik tetapi RA teruskan dengan mengamalkan pengambilan vitamin ini.


Di entri yang seterusyer RA akan share kenapa setelah berhenti 1 tahun RA kembali semua mengambil vitamin-vitamin ini.
RA juga akan share kebaikan dan manfaat yang kita dapat dari mengamalkan pemakanan sihat ini.

RA nak teruskan kerja rumah sikit yer. hari ini cuti, tapi list untuk disiapkan di rumah dah menjela. RA tak bole lama-lama. Tunggu entri RA seterusyer yer.

Wasalam.
                     




















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CARA MUDAH RENEW MEMBERSHIP SHAKLEE.

MAKAN VITAMIN PERCUMA DENGAN CASH REBATE

Amalan Gaya Hidup Sihat