Tips Travel Budget.
Assalamualikum wbt dan salam sejahtera.
Berjumpa lagi kita kali ini. Kali ini Akak nak kongsikan tips travel budget. Cuti sekolah tak lama lagi. Pasti ramai yang merancang untuk bawa anak anak keluar rumah bercutikan.
Kita orang Malaysia ni memang pantang kalau ada hari cuti . Masing masing ambil peluang untuk bawa keluarga bersiar dan juga melancong. Antara tempat paling ramai dikunjungi adalah kawasan yang ada pantai. Selain pantai, tasik, sungai dan kawasan untuk perkhemahan juga menjadi tumpuan kini.
Walaubagaimanapun, percutian dihotel masih menjadi pilihan untuk mereka yang mahu merehatkan badan dan untuk lebih privasi. Apa pun pilihan percutian kita, Pastikan ianya adalah berbaloi dan tidak membebankan.
Ok, hari ni Akak nak kongsikan beberapa tips travel budget untuk pastikan percutian kita itu tidak membebankan dan membahagiakan.
Tips Travel Budget
1. Elakkan bercuti diwaktu musim cuti sekolah atau musim perayaan.
Waktu ini harga hotel dan homestay akan naik melambung. Melainkan kalau kita dah memang rancangkan setahun awal, kemungkinan boleh dapat harga yang agak murah. Tapi kene pandai dan rajin mencari. Terutama untuk menempah hotel, tengok la juga web dari luar negara.
Ada beberapa kali juga, kami dapat harga hotel yang sangat berbaloi dari web luar negara. Sebab kadang kala ada tawaran yang sangat murah untuk hotel 4 atau 5 bintang di Malaysia dalam web diluar negara. Rajin rajin lah mencari.
Selain harga yang mahal, orang pun sangat ramai pada waktu ini. Jadi tiada privasi dalam percutian kita. Kolam mandi penuh, pantai ramai orang, nak sarapan terpaksa beratur panjang. Memang tak best. So elakkan bercuti di waktu sesak ini.
2. Tinjau kawasan sekitar percutian.
Untuk pastikan percutian kita penuh bermakna, Pastikan kita juga meninjau lebih awal lokasi disekitar tempat percutian kita.
Tempat yang biasa kami tinjau sebelum bercuti adalah tempat makan viral atau tempat makan yang menjadi pilihan ramai dan ada review yang bagus. Dari situ juga kami dapat agak kedai mana yang bagi harga yang berbaloi. Secara tak langsung dapat rancang penjimatan lebih awa1.
Tempat kedua yang biasa kami tinjau adalah tempat menarik untuk dilawati. Untuk menjimatkan masa, kami akan rancang terlebih dahulu tempat mana yang harus kami lawati semasa bercuti nanti. Dengan cara ini, bukan sahaja dapat jimat belanja, tapi dapat menguruskan masa dengan lebih baik lagi.
3. Carilah tempat menarik yang kurang dikunjungi pelancong terutama pelancong dari luar negara.
Sebab tempat tempat yang ramai pelancong asing ni, kebiasaannya harga akan jauh lebih mahal. Ada banyak tempat menarik yang masih belum mereka ketahui, jadi kitalah yang patut memeriahkan tempat tersebut.
4. Pilih tempat penginapan yang selesa namun dibawah budget.
Masa bercuti nilah masa untuk kita reward diri dan family. Jadi pastikan tempat penginapan yang kita pilih itu adalah selesa. Satu perkara lagi jangan lupa, ianya dalam budget kita.
Nak dapat tempat yang selesa dan bawah budget, kene rancang awal percutian anda. Percutian secara mengejut kebiasaannya lebih mahal, kerana kita tak sempat nak servey harga terbaik yang ada.
Tempat yang selesa sangat penting kerana ianya akan meninggalkan memori yang manis bukan sahaja untuk kita, namun yang lebih utama buat seluruh keluarga kita.
5. Guna kenderaan yang paling effevtive.
Gunakan kenderaan yang sedia ada. Yang penting Pastikan kenderaan dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan. Guna kenderaan yang kita dan keluarga selesa.
Tak perlulah nak sewa kenderaan yang lebih besar untuk bercuti. Ianya akan menambah lagi kos travel kita. Jika kita guna kenderaan yang sedia ada, kos ini boleh digunakan untuk perkara lain semasa travel Nanti.
6. Pastikan cukup bekalan vitamin dan keperluan untuk penjagaan kesihatan semasa travel.
Untuk tingkatkan imun badan dan senang pembuangan.
Ini sangat penting. Sewaktu travel untuk bercuti, kita tak tahu siapa yang kita akan jumpa. Kita juga tak biasa dengan udara di tempat yang kita tuju walaupun masih dalam negara kita. Jadi amat penting untuk pastikan tahap kesihatan diri dan keluarga sentiasa baik sewaktu travel ni.
Anak anak kecik kebiasaannya akan mudah terganggu denagn suasana udara baru, jadi persediaan awal seperti bekalan vitamin yang cukup untuk mereka adalah sangat penting. Pastikan sentiasa ada dalam travel bag kat keperluan vitamin yang lengkap ini.
Semoga bermanfaat. Baca lagi Tips Travel di sini
Nak travel lebih sihat dengan penjagaan kesihatan yang dijamin selamat dan berkesan, hubungi Akak ya.
Ulasan
Catat Ulasan