Amalan Gaya Hidup Sihat

 Assalamualikum wbt. Jumpa lagi kita. Terima kasih kerana sudi singgah di coretan Akak ini. Topik kali ini adalah Amalan Gaya Hidup Sihat.

Biasa kan kita dengar tentang gaya hidup  sihat ni. Ada bermacam cara yang kita lakukan untuk gaya hidup  sihat ini. Kini semakin ramai orang telah sedar betapa berharganya  nilai kesihatan itu. Tiada gantinya kesihatan dengan yang lain.


Minda sihat, hidup lebih sihat.



Perkara pertama untuk pastikan gaya hidup sihat ini adalah bermula dari minda kita. Minda yang sihat sudah pastinya akan menghasilkan kehidupan yang sihat. 

Dari minda yang sihat ini kita akan dapat ketenangan. Bila tenang kita akan sentiasa bersangka baik kerana fikiran kita sedang berfikiran waras ketika itu. Orang yang sihat mindanya kebiasaanya lebih mudah didampingi, mempunyai ramai kenalan dan mudah mesra. Kehidupan yang lebih ceria dan tenang.

Minda yang sihat juga akan mempengaruhi kesihatan tubuh badan kita. Orang yang mempunyai minda yang lebih sihat kebiasannya akan mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mudah diserang penyakit.

Faktor pemakanan mempengaruhi gaya hidup



Apa yang kita makan, itulah yang kita akan lihat. Penting kita tahu apa yang kita makan dan apa kesannya. 

Pernah kita dengar sebelum ini penyakit keturunan  seperti kencing manis, darah tinggi. Itu bukan penyakit keturunan tapi tabiat pemakanan keturunan. Jelas sekali apa yang dimakan oleh keluarga mereka akan memberi kesan yang sama.

Kalau sebelum ini, keluarga ini dihidangkan dengan makanan yang tinggi lemak, air manis setiap kali makan, makan malam selepas pukul 8.00 dan ditambah lagi supper sebelum tidur.




Itu menjadi tradisi dan ikutan kepada anak anak mereka yang telah berkeluarga, sudah tentu mereka akan mendapat kesan yang sama atau penyakit yang sama.

Jika anak ini menukar cara makannya kepada yang lebih sihat, makan malam sebelum pukul 8.00 malam. Makan makanan yang sihat, kurangkan gula dalam makanan, sudah tentu mereka tidak akan mewarisi kesan yang di alami oleh orang tua mereka.




Pemakanan yang sihat merupakan penyumbang yang besar kepada gaya hidup sihat. Elakkan makan makanan segera dan terproses, sekali sekala tiada salahnya.

Pastikan makanan yang diambil adalah makanan sebenar dan bukan makanan terproses atau makanan segera.

Riadah untuk amalan gaya hidup yang lebih sihat.

Pakai kesihatan menyarankan aktiviti riadah sebagai ubat yang paling mujarab untuk merawat, mengawal dan menguruskan kesihatan disebabkan pelbagai kebaikan. Antaranya adalah mengelakkan penyakit, mengekalkan stamina, mendapat tubuh badan yang sihat disamping membebaskan tekanan yang dihadapi.

𝘱𝘦𝘭𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪 bentuk riadah boleh dilakukan mengikut kesesuaian diri dan usia kita. Ada yang suka mengeluarkan peluh di dalam gimnasium. Ada juga yang suka beribadah sambil menikmati keindahan alam.
Terpulang kepada keselesaan masing masing yang penting matlamat adalah untuk sihat dan pada masa yang sama bantu untuk meningkatkan ketenangan diri.

Untuk Akak semestinya Akak lebih selesa beriadah sambil menikmati keindahan Alam. Lebih tenang dan segar rasanya.

Tingkatkan kesihatan dengan menambah suppliment dalam diet harian.

Sememangnya orang yang mengamalkan gaya hidup sihat akan memastikan mereka mengambil makanan yang  sihat, makan real food dan mengelakkan makanan terproses dan makanan segera.

Namun perasankah kita, real food seperti sayur saluran dan buah kini dah banyak yang diubah genetiknya atau disebut Genetically Modified Organism (GMO). Sebab tu ada banyak buah buahan dan sayuran sekarang tak sama dengan yang 20 atau 30 tahun yang lepas.

Dulu mungkin dengan hanya buah yang kaya vitamin C sudah cukup untuk bekalkan vitamin C seharian dalam badan kita. Atau dengan minum air soya sudah cukup untuk bekalkan protein untuk keperluan badan tampa memberi kesan pada organ badan yang lain.

Namun kini berbeza. Dengan hanya mengambil real food semata tampa ditambah dengan pengambilan suppliment, belum mampu untuk bekalkan nutrisi yang cukup untuk keperluan badan.



Sebagai contoh setiap hari orang dewasa yang sihat memerlukan 1000mg vitamin C. Badan kita tak mampu untuk hasilkan vitamin C, jadi kita perlu ambil dari sumber lain.

Mampukah kita untuk makan 7.5 biji oren setiap hari untuk cukupkan bekalan vitamin C dalam badan kita? Atau setiap hari makan 6 mangkuk brokoli atau makan 119 biji lobak merah?

Akak memang tak mampu. Jadi cara yang paling mudah, selamat dan berkesan adalah ambil 2 biji vitamin Shaklee setiap hari cukup untuk bekalkan vitamin C dalam badan.


ESP ini juga adalah contoh perlunya makanan tambahkan terutama untuk ibu yamg memgandung dan yang menyusukan anak. ESP terbukti mampu menambahkan susu ibu dan menjadikan susu lebih berkualiti. Mudah kan hanya minum 1 hidangan ESP waktu breakfast, lunch atau dinner atau ikut keperluan masing masing. 


Pengambilan nutrisi setiap hari amat penting dan ia merupakan gaya hidup sihat.

Ambil nutrisi ikut keperluan badan dan usia kita. Ambil untuk diri sendiri dan pastikan seluruh keluarga juga turun mengambil suppliment atau vitamin setiap hari.

Ada yang mula ambil vitamin boleh cari Akak. InShaAllah Akak pasti bantu dan akan sarankan yang terbaik buat anda semua.

Baca juga tentang Amalan  Gaya hidup sihat dari sahabat Akak ini.


Semoga bermanfaat.

Hubungi Akak Di sini
Rubaiyah Asan
SID 1084520
Pengedar Shaklee Greenhill Shah Alam.


#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#shakleegreenhill
#shakleepuncakperdana
#shakleeshahalam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CARA MUDAH RENEW MEMBERSHIP SHAKLEE.

MAKAN VITAMIN PERCUMA DENGAN CASH REBATE