Amalan dan Doa Yang Bagus Untuk Wanita sebelum tidur.
Assalamualikum wbt dan salam sejahtera. Alhamdulillah masih diberi kesempatan lagi untuk Akak coretkan sedikit amalan rohani kali ini. Kali ini Akak nak kongsikan amalan sebelum tidur dan Doa yang bagus untuk wanita. Seorang wanita yang berkerjaya atau sebagai suri rumah sama sahaja sibuknya. Setiap hari dari celik mata sampai pejam mata ada sahaja kerja yang perlu disiapkan. Nak dapatkan tidur yang cukup memang agak mustahil. InShaAllah dengan beberapa amalan sebelum tidur dibawah ini, Allah akan mencukupkan dan melengkapkan segala keperluan kita. Alhamdulillah amalan ini juga telah Akak amalkan. Dan selama mengamalkannya denga izin Allah tidur yang lebih puas, tiada gangguan dan mudah untuk bangun awal pagi seperti yang kita inginkan. Urusan rumahtangga pun menjadi sangat mudah. Amalan dan doa yang bagus untuk wanita sebelum tidur. 1. Pastikan ambil wuduk sebelum tidur. Tidak mengapa kalau wuduk telah batal sebelum tidur, yang pasti kita ambil wuduk tu sebab nak tidur. 2. Baca